Pages

Bandung

Dewasa - RM 750 sahaja
Kanak-kanak 12 tahun kebawah - RM 650 sahaja

Group discount
Diskaun 10% jika lebih dari 5 orang dari group keluarga/kenalan yang sama atau

Hari 1: Pasar Baru/Jln Dago
Apabila sampai ke Bandung Airport, kita ke hotel dulu untuk menyimpan beg-beg. Kemudian kita membeli belah di Pasar Baru. Bawa lah beg shopping sekiranya perlu! Di sini terdapat banyak busana muslim, bahan kaos, makanan ringan tempatan dll. Kita makan tengahari di Food Court Pasar Baru dan sambung shopping jika perlu. Surau juga ada di sini. Kemudian kita ke Factory Outlets terpilih di sepanjang Jalan Dago. Kita pulang ke hotel untuk check-in, makan malam dan rehat.  

Hari 2: Gunung Berapi/Ciater/Saung Angklung/Kampung Daun
Kita bersarapan di Hotel. Lawatan pertama ialah ke Gunung Tangkuban Parahu. Di Tangkuban Perahu, kita nikmati pemandangan cantik kawah gunung berapi. Kemudian kita akan ke Ciater Hot Spring dan nikmatilah kolam air panas semulajadi. Sebelah petang kita ke Saung Angklung Udjo untuk menyaksikan persembahan musik tradisional Sunda iaitu permainan angklung. Kemudian kita ke Kampung Daun. Selepas makan kita pulang ke Hotel.

Hari 3: City tour/ Jl Setiabudi/Jl Riau/ Cihempelas/Braga 
Hari ini tema kita shopping!shopping dan shopping!. Selepas sarapan kita jalan-jalan sekitar bandar Bandung untuk melihat Bangunan Merdeka, Gedung Sate, Masjid Bandung,. Kemudian kita ke Factory Outlet Jl Setiabudi. Di sini FO popular seperti Rumah Mode, Mode Plus, Zenith, Donatello dan banyak lagi. Kemudian kita ke FO di Jalan Riau. Bersiar-siar sambil membeli belah di Heritage, Summit, Cascade, Terminal Tas dan Stamp. Kemudian kita ke Cihemples untuk outlet jeans. Kita ke Braga untuk melihat hasil seni lukisan dan ada berpeluang membeli beberapa lukisan hasil tempatan dengan harga yang berpatutan. Sebelum pulang ke hotel kita singgah membeli kek lapis, brownies buatan tempatan. Pulang ke hotel, makan malam dan rehat.

Hari 4: Pulang ke Tanah Air 
Sarapan di hotel dan bersiap-siap untuk chek-out. Sekira ada waktu anda bebas ke Factory Outlets berdekatan untuk menghabiskan rupiah-rupiah yang terakhir.